Anwar Mohon Maaf PH Gagal Tunai Manifesto PRU14

- Advertisement -

“Sebahagian manifesto sudah dilaksanakan, tetapi sebahagian besar masih belum dilaksanakan. Tetapi yang parah bukan proses pelaksanaan, tetapi kenyataan bahawa ‘manifesto itu bukan kitab suci’.

“Walaupun manifesto itu dilengkapkan semasa saya berada di dalam penjara, tetapi beberapa prinsip utama yang kita sudah janji, maka kita harus ikhtiar untuk melaksanakannya.

“Tidak boleh kata manifesto bukan kitab suci, maka tidak boleh kita laksanakannya, tidak praktikal.

“Bagaimanapun, PKR mohon maaf kepada rakyat kerana kita terlibat dalam kerajaan PH.

“Tetapi beberapa kenyataan itu tidak membantu,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Petaling Jaya baru-baru ini.

Pada 16 Julai 2018, Dr Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri kerajaan PH mengingatkan bahawa manifesto koalisi itu bukan ‘kitab suci’ yang wajib dipatuhi dalam pelantikan speaker Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui tidak dapat melantik speaker daripada kalangan ahli Parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

“(Ya), tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan.

“Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal,” kata Dr Mahathir di lobi Parlimen.

Kenyataan Dr Mahathir ternyata menimbulkan kemarahan rakyat, lebih-lebih lagi golongan pengundi muda yang mendambakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tol dimansuhkan selepas kerajaan PH memerintah.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat