KEB 2024 perlu ambil kira kepentingan bumiputera Sabah – Hajiji

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor Hajiji berharap apa juga resolusi yang digarap daripada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 , akan mengambil kira kepentingan masyarakat Bumiputera di Sabah.

Beliau berkata, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bertekad memperkasakan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan, senada dengan tiga Ikhtiar yang disyorkan bagi melonjakkan ekonomi Bumiputera.

Tambahnya apa juga pendekatan yang diambil bagi memperkasa ekonomi Bumiputera Sabah itu diinstitusikan dibawah kawal selia entiti Kerajaan Negeri Sabah.

“Ini bagi memberikan mandat kepada Sabah untuk mengkoordinasi dan menerajui program-program pembangunan sosioekonomi secara efisien, efektif dan bersinergi.

“Tiga ikhtiar iaitu mewujudkan perbadanan tanah Bumiputera, mewujudkan wakaf pendidikan, kesihatan dan kebajikan, dan mengindustrikan pertanian, akan tercapai dengan iltizam politik yang tinggi dan sokongan padu daripada kerajaan pusat.

“Selain itu Enam Tekad Transformasi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan dalam kongres ini juga terutama Tekad Kedua dan Ketiga iaitu Menutup Ketirisan Pelaksanaan Dasar dan Mewujudkan Kesetaraan Antara Wilayah/Kaum dan Kelompok, amat tepat pada masanya,” katanya ketika berucap sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menaruh harapan yang tinggi, bahawa kepimpinan negara di bawah Kerajaan Perpaduan ini, benar-benar komited untuk terus membela nasib kaum Bumiputera seluruh negara, termasuklah di Sabah.

“Sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, dengan bilangan Bumiputera mencecah sehingga 90% daripada jumlah penduduknya, kami di Sabah mempunyai aspirasi yang amat tinggi untuk bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.

“Ini bukan sahaja menyokong ekonomi akar umbi Bumiputera di Sabah tetapi juga meletakkan asas kepada model pembangunan yang lebih inklusif dan mampan untuk komuniti Bumiputera. Dengan kata lain, pemerkasaan ekonomi khususnya bagi Bumiputera di Sabah, mestilah selari dengan pembangunan jaringan infrastruktur sebagai pembolehdaya utama,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri beriltizam untuk menutup rapat jurang kemiskinan yang menyelubungi ramai Bumiputera di Sabah.

“Kami tidak lagi mahu ketinggalan, bahkan kami sentiasa berharap agar kek kemakmuran dapat dikongsi bersama dalam satu keluarga besar Malaysia. Jangan kita jadikan Laut China Selatan itu sebagai pemisah atau penghalang kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama,” katanya.

Sehubungan itu katanya, visi kerajaan negeri adalah untuk memastikan usaha pemerkasaan ekonomi Bumiputera Sabah diinstitusikan dan meraih pengiktirafan identiti unik bagi Sabah dalam konteks Malaysia.

“Seperti yang kita sedia maklum, faktor geografi merupakan salah satu halangan yang berupaya melambatkan proses pembangunan dan hal ini berlaku di Sabah. Ia bukan saja menghambat pertumbuhan ekonomi dan melewatkan proses pembangunan, tetapi juga membatasi aktiviti perekonomian serta sosial masyarakat Bumiputera, terutama di pedalaman.

“Selain itu, mengembangkan rangkaian infrastruktur yang kukuh adalah penting untuk ekonomi Sabah, terutamanya dalam meningkatkan perhubungan antara kawasan pedalaman dan pusat bandar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat