Dana 1 bilion diperuntuk lahirkan generasi baharu usahawan – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Dana RM1 bilion yang dikendalikan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diperuntukkan untuk melahirkan generasi baharu usahawan Bumiputera dalam bidang berpertumbuhan tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, dana RM1 bilion ini bertepatan dengan hasrat dan syor yang dihujahkan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 ini untuk mewujudkan sebuah Dana Pemacu Transformasi Bumiputera.

“Kita mampu mencipta lebih banyak syarikat usahawan Bumiputera berjaya seperti Aerodyne yang berjaya menembusi pasaran global dalam perkhidmatan dron.

“Kita juga harus berbangga dengan kejayaan Les Copaque dan Animonsta yang mengungguli industri karya kreatif.

“Begitu juga dengan kejayaan ramai usahawan muda yang memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologi digital baharu untuk berniaga seperti Khairul Aming,” ujar Perdana Menteri.

Selain itu, berita gembira lain yang diumum Menteri Kewangan ialah pembiayaan kredit mikro.

Menurut Anwar kerajaan bersedia untuk meningkatkan akses kemudahan pembiayaan kredit mikro kepada golongan yang memerlukan.

“Kerajaan akan mengkhususkan dana pembiayaan kredit mikro Bumiputera sehingga RM1 bilion melalui Institusi Kewangan Pembangunan seperti BSN, Agrobank, dan TEKUN Nasional bagi menyediakan sokongan kepada pelbagai segmen usahawan Bumiputera termasuklah wanita,
belia dan veteran tentera serta penjaja, pekerja gig dan pengusaha food truck,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat