Empat Calon Sah Tanding Ketua Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Empat calon sudah mengesahkan pencalonan masing-masing bagi merebut jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan kali ini.

Empat calon yang bertanding jawatan nombor satu sayap pergerakan pemuda parti itu adalah bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.

Turut bertanding atas tiket sama adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan calon Meor Hassan Mat Ali.

Perebutan jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO juga menyaksikan seramai empat calon yang bertanding iaitu anak kepada seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham; anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah dan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Farhan Khairuddin. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat