TikTok Juga Ibarat Pedang – Abdul Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penggunaan media sosial adalah sebuah pendekatan damai.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kekuatan media sosial wajar dimanfaatkan untuk menguatkan Islam.

Memetik Surah al-Anfal ayat 60, “Dan sediakanlah kamu dengan sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan.

“Tidak disebutkan di dalam ayat ini apakah kekuatan yang perlu disediakan. Sama ada pedang, panah atau pun media sosial seperti TikTok.

“Maknanya apa sahaja kekuatan yang boleh menguatkan Islam seperti kekuatan media. Dalam masa yang sama, Islam mendahulukan pendekatan damai. Perang adalah pendekatan terakhir,” katanya.

Jelas Hadi lagi, ini membawa maksud penggunaan media sosial adalah sebuah pendekatan damai.

“Inilah yang mesti kita manfaatkan dalam dunia globalisasi media sekarang ini.

Penghujung Surah al-Shuara membawakan kisah penyair-penyair yang risau kerana disebutkan dalam al-Quran bahawa syair-syair mereka yang mengkhayalkan.

“Namun, ayat terakhir surah ini menenangkan mereka apabil disebutkan bahawa melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh yakni bersyair mengingatkan kepada Allah SWT. Dengan syair yang dilantunkan, mereka mendapat pahala,” katanya.

Sejak PRU lalu, TikTok menjadi media sosial yang paling diperhatikan kerajaan.

Ramai pemerhati berpandangan kejayaan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15 adalah kerana kempen di TikTok yang berjaya meraih sokongan golongan muda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat