LUAS siasat peningkatan kekeruhan Sungai Selangor, Sungai Sembah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan pemantauan di Sungai Selangor dan Sungai Sembah susulan peningkatan kadar kekeruhan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Kuala Selangor, malam tadi.

Siasatan juga digerakkan di kawasan berhampiran dan tindakan mitigasi selepas kadar kekeruhan di LRA Rantau Panjang yang direkodkan pada jam 10 malam adalah 2238 NTU berbanding bacaan biasa bawah 500 NTU.

Menurut LUAS, semakan di LRA berdekatan, iaitu SSP1, SSP2 dan SSP3 juga mendapati bacaan kekeruhan direkodkan antara 1,000 hingga 2,000 NTU.

“LUAS segera menyelaraskan pembukaan pintu baraj sungai serta mengaktifkan pengepaman air mentah dari HORAS 600 sebanyak 300 JLH dan kolam alternatif Kuala Lumpur-Larut sebanyak 192 JLH.

“Ia bagi mempercepatkan aliran kekeruhan itu melepasi kawasan muka sauk loji,” menururt LUAS dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, LUAS melakukan siasatan di beberapa kawasan anak sungai meliputi Sungai Kundang, Sungai Kuang dan Sungai Serai, namun bacaan kekeruhan adalah normal di bawah 500 NTU.

“Pemantauan sepanjang malam di Sungai Selangor dan Sungai Sembah dilakukan yang mana bacaan kualiti air iaitu tahap kekeruhan dianalisis setiap jam.

“Pemantauan ditamatkan jam 4 pagi selepas kualiti air di Sungai Selangor dan Sungai Sembah kembali pulih seperti keadaan biasa di bawah 500 NTU bacaan kekeruhan. Tiada henti tugas loji dilaporkan,” katanya.

LUAS berkata, pemerhatian lanjut mendapati peningkatan kadar kekeruhan disebabkan hujan lebat di kawasan Sungai Sembah petang semalam.

Berikutan itu, siasatan dan semakan susulan dibuat pagi ini di kawasan terbabit bagi mengenal pasti aktiviti yang berpotensi menyebabkan peningkatan kekeruhan di Sungai Selangor dan Sungai Sembah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat