MUDA harap tiada lagi penguasa menindas, diamkan suara rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berharap dengan pengisytiharan Mahkamah Persekutuan telah membuktikan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012 (APA 2012) tidak lagi relevan dalam landskap demokrasi negara.

Justeru MUDA berharap dengan keputusan ini, tiada lagi mana-mana pihak berkuasa akan menggunakan Seksyen 9 (5) APA 2012 untuk menindas dan mendiamkan suara rakyat.

Pemangku Presiden MUDA Amira Aisya Abdul Aziz berkata, hari ini adalah kemenangan buat rakyat dan bersejarah apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berperlembagaan.

“Ini merupakan satu duluan yang penting bagi negara kerana ianya membuka jalan untuk lebih banyak suara rakyat didengari tanpa ditindas oleh penguasa.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Amir Hadi atas keberanian dan ketegasan beliau dalam memperjuangkan pelbagai isu rakyat seperti skandal Kapal LCS dan juga hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.

“MUDA secara konsisten berada di barisan hadapan dalam perjuangan skandal Kapal LCS, dengan turun protes, menyuarakan dalam Parlimen menerusi Syed Saddiq, dan juga penyerahan memorandum kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

“Saya ingin ingatkan bahawa protes skandal LCS ini juga disertai oleh rakan-rakan dari Pakatan Harapan (PH) tetapi kini ramai memilih untuk berdiam diri. Walaupun kapal LCS masih belum muncul, rakan-rakan PH berdiam diri kerana mereka telah berkuasa.

“Saya berharap dengan keputusan ini, tiada lagi mana-mana pihak berkuasa akan menggunakan Seksyen 9 (5) APA 2012 untuk menindas dan mendiamkan suara rakyat,” tegas Adun Puteri Wangsa itu lagi.

Tambah beliau, kemenangan Amir Hadi ini merupakan kemenangan untuk semua rakyat Malaysia.

“Hari ini, rakyat Malaysia menang dalam perjuangan menentang penindasan penguasa,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat