Isu minyak sawit Malaysia dibincang Mohamad di Belgium

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertemuan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan beberapa pihak berkepentingan utama di Belgium membincangkan cabaran dan peluang berkaitan pelaburan, kemampanan dan komoditi, terutamanya yang berkaitan dengan minyak sawit Malaysia.

Menurut Wisma Putra, dialog yang produktif juga telah berlangsung berhubung dengan landskap kawal selia EU, seperti Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan aspek-aspek kawal selia yang lain.

Lawatan kerja ke Brussels, Belgium, bermula 1 hingga 3 Februari 2024.

“Semasa di Brussels, YB Menteri Luar Negeri akan menghadir Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) ke-24 serta Forum Menteri Indo-Pasifik Kesatuan Eropah (EU IPMF) ke-3.

“Semasa AEMM ke-24, Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN dan EU dijangka akan membincangkan tindakan susulan kepada keputusan-keputusan yang dicapai semasa Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) pada 2022 bagi meraikan ulang tahun ke-45 Hubungan Dialog ASEAN-EU.

“Selain itu, Menteri Luar Negeri akan mencadangkan beberapa bidang kerjasama bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara ASEAN dan EU. Beliau juga dijangka akan membangkitkan isu-isu berhubung perkembangan di Timur Tengah,” kata Wisma Putra.

Tambahnya, EU IPMF ke-3, yang dihoskan oleh Belgium, bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara EU dan negara-negara di rantau Indo-Pasifik.

“Menteri Luar Negeri akan mengambil bahagian dalam sesi Perbincangan Meja Bulat mengenai “The Green Transition: Partnering for a Sustainable Future”, di mana beliau akan mengetengahkan. antara lain, amalan kelestarian dan kemampanan Malaysia yang selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga.

“Menteri Luar Negeri turut dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa rakan sejawat dari EU dan bertemu dengan diaspora Malaysia di Brussels,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat