Anwar tak gentar berdepan risiko dilawan jerung, tokoh terkait rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan betapa negara ini memerlukan satu anjakan yang ketara menerusi dasar-dasar yang digariskan di bawah gagasan MADANI untuk memperbetulkan kebobrokan sistem pentadbiran yang berlaku sejak sekian lama.

Tegas Anwar, anjakan ini perlu bermula dengan membina semula tatakelola yang baik serta semangat menolak rasuah.

Kerana itu katanya, kerajaan ini sedaya upaya menoktahkan budaya mengizinkan kuasa dan sistem pemerintahan dijadikan kesempatan memunggah kekayaan untuk tokoh-tokoh tertentu.

“MADANI menekankan soal ihsan, akhlak, kemanusiaan dan keadilan bagi merawat keterhakisan nilai-nilai ini akibat kemajuan material sehinggakan kita sanggup membiarkan pimpinan yang rasuah terus bermaharajalela sejak sekian lama.

“Usaha memerangi rasuah perlu bermula dengan menghukum jerung-jerung sebagai satu pengajaran supaya hal ini tidak lagi berulang, ketimbang sekadar memenjarakan watak-watak kecil yang akhirnya hanya menjadi gimik dan sandiwara,” katanya ketika hadir menyempurnakan Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, semalam.

Namun menurut Anwar, pasti usaha ini akan diselubungi kontroversi.

“Tentunya seseorang yang punya kekayaan berpuluh bilion tidak akan berdiam diri apabila disiasat dan akan menggunakan segala pengaruhnya untuk melawan.

“Tetapi jika kita berhenti bertindak kerana pengaruhnya, maka tidak layak kita menjadi pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga negara.

“Risiko perlu dihadapi kerana utamanya adalah negara mesti diselamatkan.

“Justeru, saya mohon dukungan rakyat untuk bersama-sama berpegang pada prinsip ini. Moga usaha ini membersihkan negara daripada amalan bobrok, sekali gus mengangkat martabat Malaysia,” tegas Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat