Syamsul reda kena ‘simpan’ lagi dua filemnya

- Advertisement -

Kuala Lumpur:  Pengarah filem dan pelakon, Syamsul Yusof, 37, mengakui reda apabila dia terpaksa menyimpan lagi dua filem arahannya iaitu Mat Kilau dan Munafik 3 untuk ditayangkan pawagam.

Syamsul berkata industri filem pada ketika ini memang terjejas teruk, ditambah sekarang pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksana serta aktiviti penggambaran tidak dibenarkan.

“Disebabkan krisis Covid-19 yang menular ini, bukan saya sahaja tetapi ramai penerbit filem lain menghadapi masalah sama kerana panggung wayang tutup dan ada yang dah gulung tikar.

“Dahulu, filem saya kalau tayang termasuk di Singapura dan Brunei, ada 150 pawagam. Tapi, sekarang ini saya dapat tahu dah tinggal sekitar 60 pawagam sahaja,” katanya kepada Harian Metro

Ujar Syamsul lagi, meski PKP ini tamat dan virus pun makin kurang, namun pihak pawagam masih perlukan masa. Katanya, sekurang-kurangnya tempoh setahun diperlukan oleh pihak pawagam untuk proses baik pulih semula membabitkan panggung yang ditutup

“Banyak filem dah siap yang  tertangguh tayangan. Macam filem saya dan orang lain juga banyak tergendala.

“Malah, filem saya seperti Mat Kilau, berkisar kebangkitan pahlawan yang dah siap serta Munafik 3 ditangguh tayangan dan kena simpan dahululah,” katanya.

Menurut Syamsul lagi, semuanya bergantung pada keadaan semasa dan dia juga kena tengok macam mana situasi penularan pandemik ini akan berakhir.

“Walau kena simpan lagi, reda sahajalah. Malah, saya juga baru-baru ini terpaksa menarik  diri dari berlakon sebuah filem aksi yang sepatutnya dibintanginya bersama pelakon Datuk Aaron Aziz dan Syafiq Kyle.

“Sekitar dua bulan lalu, saya sudah buat persediaan seperti pergi latihan, kelas lakonan, belajar menari dan macam macamlah berkaitan karekter saya. Tapi, selepas melihat semula jadual dan PKP juga, saya akhirnya harus menarik diri,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat