Janna Nick akhirnya mohon maaf pada netizen!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Janna Nick membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya menerusi video berdurasi 2 minit 16 saat selepas bertelingkah dengan netizen di Twitter, Januari lalu.

Dalam video itu, Janna mengakui tindakannya bergaduh dengan netizen itu adalah tindakan bodoh dan tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya buat video ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ini dan sakit hati dengan saya dan saya minta maaf sangat.

“Tak tahulah. Rasanya, saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, gaduh dengan netizen. Bodohnya saya. Saya mengaku, saya bodoh. Sayalah ‘loser’ itu,” katanya.

Katanya lagi, dia tidak sepatutnya bertikam lidah dengan netizen yang juga selama ini menyokong karya-karya lakonannya.

“Bila drama saya keluar, Melastik Ke Hatimu, bila anda semua menyokong, jadikan drama itu ‘trending’ dan suka drama itu, saya rasa sedih sangat.

Saya gaduh dengan orang, saya gaduh dengan peminat, saya gaduh dengan orang yang menyokong saya. Hujung-hujung, anda juga yang menyokong drama saya,” katanya.

Janna juga memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan seperti membeza-bezakan antara golongan artis dan orang biasa.

“Janna satu dan netizen kosong itu memang teruk. Saya minta maaf. Kenyataan pasal saya cakap orang biasa dengan artis, saya betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa.

“Dekat sini saya beritahu, artis itu juga orang biasa. Saya orang biasa dan saya buat salah. Saya harap sangat semua maafkan saya.

“Sesiapa yang kenal saya, tolong maafkan saya. Saya nak mulakan tahun 2021 ini dengan positif,” katanya.

Sebelum ini, kecoh di platform media sosial terutamanya Twitter apabila Janna berbahas dengan netizen dan dia turut dianggap seperti tidak boleh menerima kritikan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat