Nyawa dan ekonomi sama penting – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan keyakinan bahawa kerajaan menilai nyawa dan ekonomi rakyat miskin sama penting dalam mendepani pandemik Covid-19 ini.

Hal demikian beliau memberitahu sekiranya tutup terus restoran, warung-warung atau semua perniagaan mikro, tentu mereka tidak boleh ‘survive’ lagi.

“Kita kena fikir, walaupun kita tahu nyawa sangat penting, dalam masa yang sama, kita perlu menjaga kepentingan ekonomi rakyat miskin terutamanya B40.

“Mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang yang hidup bergantung kepada pendapatan harian,” katanya.

Susulan itu Ismail berkata, kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat