Ibarat ditimpa bala, akaun ada RM404 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah menyedari bahawa dirinya menjadi jutawan dalam sekelip mata apabila akaun banknya mempunyai baki wang lebih daripada RM404 juta.

Situasi jutawan segera akibat kesilapan teknikal itu bukan membuatkan hidupnya bertambah senang, tetapi sebaliknya.

Jelas wanita tersebut, walaupun mempunyai baki wang yang banyak, tetapi kesilapan yang berlaku dari masalah teknikal Maybank itu membuatkan hidupnya ibarat ditimpa bala.

Pengguna Maybank itu menjelaskan kesilapan tersebut menyebabkan akaun banknya disekat dan usaha mendapatkan kembali akaunnya begitu sukar.

“Tiga hari semasa kesilapan teknikal tersebut kemudian berlaku ketika tempoh pembayaran gaji, seperti comedy of errors (komedi kelam kabut) yang tidak ada orang rasa kelakar.

“Bank buat tindakan untuk menyekat akaun saya tanpa sebarang notis. Untuk buka akaun balik saya terpaksa ulang alik ke cawangan Maybank berdekatan dan memhubungi bahagian khidmat pelanggan. Ini bukan masalah saya,” kongsinya di Linkedin semalam.

Dalam pada itu, tulisannya itu mendapat perhatian Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad, yang juga ketua pengurusan pengalaman pelanggan yang turut meninggalkan komen yang memintanya nombor telefon untuk dihubungi pasukan mereka.

Terdahulu, akhbar Singapura The Straits Times hari ini melaporkan bahawa Maybank memberitahu mereka bahawa isu itu telah selesai dan tiada sebarang data pelanggan dikompromi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat