Jika jadi Menteri semula, KJ akan terus perjuangkan GEG

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran bahawa perjuangan beliau berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat Rokok (GEG) akan diteruskan sekiranya beliau kembali menjadi Menteri Kabinet kelak.

Bekas Menteri Kesihatan itu menegaskan, perjuangan beliau bagi mengawal penjualan tembakau dan vape tidak akan tamat meskipun
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 telah menggugurkan peruntukan GEG.

“Tahniah kepada syarikat tembakau dan juga industri vape tapi ini (GEG) belum berakhir.

“Ya kita dah sebut bahawa kita tak pasti sama ada Shahril dan saya akan kembali ke pentas politik.

“Tetapi kalau saya kembali ke pentas politik this is unfinished business for me I’m gonna go after you.

“I’m make sure the GEG happens I’m gonna go after big tobacco and the vape company.Mark my word this is not over by mile,” tegas Khairy dalam podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.

Khairy mengakui beliau sangat sedih dengan pengguguran GEG daripada RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Saya sangat sedih. Saya rasa saya dah panjang lebar cakap berkenaan alasan yang diguna oleh Dr Zaliha bahawa ini adalah nasihat daripada Peguam Negara kata undang-undang peruntukan GEG ini adalah tidak berperlembagaan.

“Itu saya dah buktikan bahawa tak betul, memang hujah itu tak boleh pakai dan hujah itu memang sangat lemah.

“Saya kata akhirnya digugurkan GEG ini adalah satu kemenangan bagi syarikat tembakau dan juga industri vape.

“Gugurnya GEG ini adalah kemenangan bagi syarikat besar tembakau dan industri vape,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat