Tersilap Buat Tuduhan, Pemimpin DAP Mohon Maaf Kepada ADUN BN

- Advertisement -

CYBERJAYA – ADUN Sungai Pelek (PH-DAP), Ronnie Liu hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar), susulan dakwaan projek Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Ayer Tawar diluluskan ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN), lapor portal FMT.

Pemimpin DAP itu mengakui tersilap membuat tuduhan berkaitan isu tersebut dan mengesahkan projek berkenaan sebenarnya diluluskan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) tahun 2008.

“Saya ingin meminta maaf kepada ketua pembangkang kerana pada sesi lalu, beliau membangkitkan isu PKPS yang melibatkan kawasan pantai di kawasan DUN beliau.

“Selepas semakan dibuat, saya mendapati projek itu diluluskan oleh kerajaan PH (sebelum ini PR). Jadi saya minta maaf,” katanya.

Untuk rekod, pada sidang DUN Selangor yang lalu, Rizam (BN-Sungai Air Tawar) mempersoalkan kerajaan negeri yang didakwanya tidak mengambil inisiatif memulihkan tanah paya bakau yang sepatutnya dijadikan projek kelapa sawit secara besar-besaran melibatkan kawasan Kampung Dato Hormat, Sungai Ayer Tawar sekitar 2008.

Ekoran itu, bekas exco pelancongan dan alam sekitar Elizabeth Wong menafikan pihaknya memberi kelulusan untuk menebang pokok bakau selepas PR mengambil alih Selangor.

Susulan itu, persidangan DUN bertukar kecoh apabila ADUN PH dan BN saling membuat tuduhan berhubung projek berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat