Rumah Ditembak: Saya Tiada Musuh atau Berhutang Dengan Sesiapa – DJ Radio

- Advertisement -

GOMBAK – Penyampai radio wanita yang rumahnya ditembak individu tidak dikenali semalam menjelaskan dia dan suaminya tidak mempunyai musuh dan masalah hutang.

Penyampai radio sebuah stesen swasta dikenali Dj Aki berkata, kejadian berlaku ketika dia pulang ke rumah mereka yang terletak di Seri Aman Heights, Desa Jaya di sini kira-kira pukul 1.05 pagi.

Kata beliau, lima minit kemudian, dia kemudiannya terdengar bunyi kuat di luar rumah.

“Ketika itu, saya baru masuk ke dalam bilik untuk tidur sebelum terdengar bunyi kuat.

“Kami kemudian terus turun untuk melihat apa yang berlaku, tetapi, terkejut apabila mendapati pintu rumah dan dinding berlubang disyaki ditembak,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, suaminya bertindak menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian.

Kata DJ Aki, pemeriksaan lanjut pihak polis menemukan senjata dipercayai pistol buatan sendiri di belakang bukit kawasan rumahnya.

“Mujur ketika pulang, kami mengunci pintu rumah, jika tidak mungkin terkena tembakan itu.

“Saya tidak tahu mengapa ia berlaku kerana saya tidak ada hutang atau dendam dengan sesiapa,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan berkenaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan selain dari tempat yang dibenarkan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat