Muhyiddin Cabar Anwar Kemuka Jumlah SD

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan itu.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyatakan bahawa beliau yakin telah mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri dengan mendapat sokongan 115 ahli Parlimen.

“Pada jam 10.30 pagi 22 Novembrr 2022, Setiausaha Agung PN menghantar satu lagi surat akuan ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115.

“Iaitu melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Hari ini, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteru.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahsan Anwar sebagai perdana menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media petang ini.

Muhyiddin mendakwa dia mendapat sokongan 73 ahli Parlimen PN; GPS (22); BN (10); GRS (6); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat ataupun (KDN) (1) dan Bebas (2).

Sokongan itu katanya dikemukakan secara akuan bersumpah (SD) dan diserahkan kepada Istana Negara sebanyak dua kali iaitu pada 21 dan 22 November.

Ditanya sama ada dia mengetahui tentang dakwaan 10 ahli Parlimen BN menarik sokongan, Muhyiddin kata dia tidak mengetahui mengenai perkara itu, tetapi yakin telah mengemukakan jumlah mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat