Sultan Nazrin berkenan terima menghadap PM

- Advertisement -

PETALING JAYA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Perak, Kuala Lumpur hari ini.

Perkhabaran itu dikongsikan dalam laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Menurut Istana Negara, Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada ketika ini melaksanakan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang Lawatan Khas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke United Kingdom (UK) sepertimana yang diperuntukan dalam Perkara 33 (1) Perlembagaan Persekutuan.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat