Tubuh suruhanjaya bebas tentukan kenyataan menghasut atau kritikan membina – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejajar dengan kematangan demokrasi Malaysia maka dicadangkan satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menentukan sesuatu kenyataan itu bersifat menghasut ataupun berbentuk kritikan membina.

Saran ini dikemukakan bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan dalam podcast Keluar Sekejap, semalam.

Cadangan ini muncul susulan wartawan kanan dan pemerhati mendakwa bahawa badan pengawal selia multimedia di Malaysia telah mengenakan kawalan yang keterlaluan ke atas pihak media ekoran sekatan yang dikenakan terhadap tiga laman sesawang portal penerbitan berikutan kandungan penyiarannya yang dianggap sensitif atau kritikal terhadap kerajaan.

“Jadi mungkin dalam kematangan demokrasi Malaysia yang harapnya lebih baik, boleh kita fikiran satu suruhanjaya yang bebas yang memberikan keputusan adakah ini berbentuk menghasut ataupun membawa kepada masalah yang perlu dibendung? Atau adakah ini kritikan membina yang adil untuk diberikan?

“Ini bukanlah perkara yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini. Tetapi bila mereka berada dalam kedudukan kuasa, nampak mirip pula menjadi lebih less liberal lah seperti ataupun less liberal daripada apa yang diiklankan sebelum menjadi kerajaan.

“Di mana mungkin kelemahan ataupun kekuranganlah, kekurangan pentadbiran kerajaan seolah-olah dipersalahkan kepada benda lain iaitu ini salah komunikasi, ini salah laporan yang tidak dikawal, salah ini, salah itu. Salah benda lainlah dan bukannya salah ataupun kekurangan pengisian pentadbiran itu sendiri. Yang kalau lebih cemerlang, lebih hebat, lebih menyengat mungkin tak akan bincang,” kata Shahril.

Tambah beliau, tidak relevan pun isu-isu yang dibangkitkan sekarang ini.

“Jadi saya fikir dua isu. Satu the iliberalness of communication management dalam hal ini. Media and freedom of expression, freedom of reporting, freedom of all these things yang PH sinonim sebelum ini.

“Isu kedua adalah it’s also masking. Mungkin shortcomings yang sepatutnya difahami, diamati untuk ditambah baik. Jadi kita harap kenyataan ini diambil positif oleh pihak berkuasa dan juga kerajaan, supaya menambah baik apa yang patut ditambah baik iaitu cara dan kaedah pentadbiran supaya mendapat keyakinan.

“Tetapi dalam mengurus dan mengawal itu biarlah ia berkenaan dengan berita palsu, fitnah yanh boleh menghasut dan bukan dalam konteks mengkritik mana-mana satu pemerintah ataupun kerajaan,” ujarnya.

Bagaimanapun menurut Shahril lagi, tentunya ini yang menjadi masalah kerana garisan itu kadang-kadang tidak jelas.

“Yakni di mana sebenarnya benda ini adakah ini adakah kritikan yang legitimate ataupun boleh membawa kepada masalah dan bila yang memutuskan apakah definisi itu satu pihak yang partisan, di situ masalah,” katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menyebut ada pandangan daripada penyokong-penyokong kerajaan yang menyatakan bahawa mereka perlu ada sedikit taktik ‘abang besar’ kerana banyak sangat kandungan sekarang ini yang bersifat 3R, memanipulasi berita dan juga dasar kerajaan.

“Saya setuju dengan cadangan Shahril bahawa perlu ada satu suruhanjaya yang melihat kepada isu-isu ini dan ambil tindakan cepat

“Kita perlu ada suruhanjaya ataupun mekanisme yang boleh dengan cepat bertindak dan pelantikan bebas,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat