Tingkatkan Inovasi Dalam Bentuk Ekonomi – Dr Adham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Inovasi dalam bentuk ekonomi merupakan salah satu yang perlu dipergiatkan terutama bagaimana inovasi itu boleh mencetuskan peningkatan ekonomi dalam masyarakat.

Begitu jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba dalam memastikan kecemerlangan bidang sains perlu diberi penekanan serta dipertingkatkan.

“Kita juga akan meningkatkan penglibatan individu yang memerlukan khidmat MOSTI dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang inovasi, sains dan teknologi.

“Selain itu, sumbangan dunia untuk kita menjadikan negara pengeksport dalam sains dan teknologi,” katanya ketika berucap selepas memulakan tugas rasmi beliau di MOSTI di sini hari ini.

Beliau turut meminta agar pegawai serta kakitangan MOSTI untuk bersam-sama menggembleng tenaga dan usaha bagi membentuk satu pasukan yang kuat dalam usaha melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

“Untuk itu marilah bersama membuat tekad dalam menggembleng tenaga di setiap lapisan masyarakat, sama ada di bandar atau luar bandar, bagi membentuk satu pasukan yang kuat,” katanya.

Dr Adham berkata demikian ketika sesi ucapan yang dihadiri Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir secara maya bersama pegawai kementerian selain Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Ahmad Amzad Hashim.

Terdahulu, Dr Adham tiba di MOSTI disambut oleh pegawai kementerian tersebut dan mengimbas kad perakam waktu bagi memulakan tugas pertama selepas dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat