Buktikan kepada rakyat, Kabinet kali ini tak ulang ‘kekecewaan’ sama – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menitipkan pesanan berguna kepada Jemaah Menteri yang memulakan tugas rasmi hari ini supaya pendekatan lama yang menimbulkan kemarahan, kekecewaan dan keresahan rakyat jangan diulang.

Tegas Zahid, Kabinet perlu buktikan bahawa mereka bukan seperti yang disindir dan dikritik oleh masyarakat.

“Rakyat menaruh harapan tinggi kepada seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri yang diumumkan baru-baru ini.

“Meskipun majoriti anggota Kabinet kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat dibawah kerajaan baharu.

“Maka seharusnya cara bekerja dan berfkir untuk rakyat serta negara dengan cara baharu,” ujar Zahid.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, fokus utama ialah menurunkan kes jangkitan COVID-19 dan mempercepatkan imuniti kelompok.

Selain itu katanya, memulihkan ekonomi rakyat dan negara.

“Tiada lagi sindrom penafian dengan alasan yang “annoying”.

“Kerajaan baharu dikatakan kerajaan “result oriented”, maka buktikan penghasilan yang terbaik insyaallah.

“Tempoh 100 hari jadi penanda aras. Kiraan telah bermula maka jangan sia-siakan harapan rakyat,” ujar Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat