Kabinet pertama: PM gesa segerakan bantuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Fokus utama mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah menyegerakan semua bantuan yang telah diumum.

Kata beliau, segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan Kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia.

“Pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarintin kendiri.

“Antara penekanan utama, membincangkan status terkini jangkitan COVID-19 di negara kita untuk semua kementerian bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengingatkan barisan Menteri kabinet, setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari.

Maka katanya, tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat