Perdana Menteri ucap takziah pemergian anggota tentera lemas di Sungai Pahang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota tentera Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang hilang pada Ahad lalu ketika menyertai Latihan Para Predator di Sungai Pahang.

“Satu berita yang menyedihkan kita terima hari ini, jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang hilang beberapa hari lalu telah dijumpai.

“Allahyarham merupakan wira kita yang menyertai eksesais Para Predator, di Sungai Pahang pada 29 Ogos lalu.

“Takziah daripada saya kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama kalangan roh orang-orang,” ucap Ismail Sabri.

Hari ini, mayat seorang tentera berusia 27 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang, ketika menyertai Latihan Para Predator di Kampung Batu Bor, Ahad lalu, ditemui.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata mayat Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa ditemui kira-kira jam 8 pagi.

“Mayatnya ditemui kira-kira 40 kilometer dari tempat terakhir dia dilihat pada Ahad dan pihak polis sudah dimaklumkan,” katanya.

Azrin menjalani latihan taktikal menyeberangi Sungai Pahang dari Kampung Batu Bor ke Kampung Bohor Baru ketika dia hilang pada jam 4.40 petang, 29 Ogos lalu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan dan semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menyertai operasi SAR.

Latihan Para Predator di sini membabitkan 1,900 anggota dan pegawai, serta 150 aset termasuk trak dan helikopter.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,562FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat