Hasutan Perang Dunia Ketiga Di Sabah, KDN Ambil Tindakan – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan akan diambil terhadap individu dan pengikut ajaran yang mendakwa kononnya Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sabah jika dakwaan itu didapati mempunyai unsur menghasut dan boleh menimbulkan perasaan gusar serta takut dalam kalangan masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata agensi bertanggungjawab di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan, termasuk menghasut.

“Tindakan juga boleh diambil terhadap pihak yang melakukan kesalahan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Kalau melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang contohnya undang-undang pencetakan, kita boleh ambil tindakan dari sudut itu.

“Kalau hasut sehingga menyebabkan orang ramai berasa tidak selesa dan cuba lari dari negara kita, itu sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan gusar dan takut. Kita boleh ambil tindakan, mungkin melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya memetik Berita Harian.

Bercakap pada sidang media pertamanya selepas dilantik semula menerajui KDN, di Putrajaya pada Rabu, beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap semua yang terbabit, termasuk penjawat awam.

Hamzah mengulas laporan media mengenai tindakan seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah yang rakaman videonya tular di laman sosial, baru-baru ini.

“Ada bermacam-macam manusia. Kalau orang yang keluarkan perkataan menakutkan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan ambil tindakan sewajarnya. Jadi kita tengoklah, terhadap pengikut (tindakannya) lain, yang menghasut pun lain, kita akan perhatikan tindakan mana yang wajar untuk diambil terhadap mereka,” katanya.

Wanita terbabit dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran diasaskannya yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam. Individu itu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram sejak enam bulan lalu untuk berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan pelik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat