Empat Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Jumaat – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Empat lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Jumaat ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata lokaliti itu melibatkan Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2, Telupid; Kampung Tagaroh, Kota Marudu; kilang dan kuarters Kilang Papan Cargo Timber, Kampung Biah, Keningau serta Kampung Dumpiring Bawah di Ranau.

Rodzi dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu diputuskan setelah pihaknya meneliti penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam pada itu, PKPD di satu lokaliti di Johor iaitu Ladang Sungai Kahang, Kluang dan empat lokaliti di Sabah ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Tanjong Pagar, Sipitang; Kampung Padang Tembak, Keningau; Kampung Jawa, Tawau dan Setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat