Polis Buru Pemandu Kereta Rempuh Khemah Petugas SJR

- Advertisement -

TUMPAT – Dua anggota keselamatan yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Talak, Chabang Empat, di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berdepan detik cemas, apabila dirempuh sebuah kereta dalam kejadian pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Ab Rashid Mat Daud berkata ketika kejadian, seorang anggota polis dan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sedang bertugas dengan secara tiba-tiba sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam, merempuh khemah di SJR tersebut pada jam 11.45 pagi.

“Selepas rempuhan itu pemandu kereta tersebut cuba melarikan diri secara mengundur, seorang anggota polis bertindak mengejar dan sempat mengambil nombor pendaftaran kenderaan itu, namun pemandu kenderaan itu berjaya beredar dari tempat kejadian dan gagal dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ab Rashid berkata, tiada sebarang kecederaan ke atas dua anggota keselamatan yang berada di khemah tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 26(2), Akta Polis 1967. Polis juga sedang memburu pemandu kenderaan itu,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,556FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat