Kelantan Catat Kluster Baru Covid-19 Tertinggi Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kelantan menjadi penyumbang tertinggi kluster baharu Covid-19 dengan 11 daripada 42 kluster, hari ini, manakala tempat kerja melaporkan 22 kluster baharu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Johor menjadi penyumbang kedua iaitu 10 kluster diikuti lima di Pulau Pinang, empat di Selangor, tiga di Pahang manakala Terengganu, Negeri Sembilan dan Sarawak, masing-masing dua kluster serta Sabah, Perak dan Kedah, masing-masing satu kluster.

Katanya, tempat kerja menyaksikan 22 kluster melibatkan 10 di Johor, empat di Pulau Pinang, dua di Selangor manakala Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster komuniti, sembilan di Kelantan manakala Selangor dan Terengganu, masing-masing dua kluster serta Sarawak, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, masing-masing satu kluster.

“Kluster pusat tahanan pula, satu di Pulau Pinang serta kluster pendidikan lain, satu di Kelantan dan kluster keagamaan, satu di Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata, Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 18,762 kes berbanding semalam, 20,897 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 21,073 kes dengan sebanyak 278 kematian dicatatkan dan 1,007 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 464 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 267,863 kes aktif.

Katanya, Selangor yang kekal menjadi penyumbang terbesar merekodkan sebanyak 3,711 kes diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) dan Kelantan (1,504).

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (899), Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309) dan Negeri Sembilan (291).

“Putrajaya pula mencatatkan 34 kes dan Perlis, 33 kes manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat