Tidak rasmi: BN dijangka kekalkan DUN Palong, Mustapha Nagoor dahului majoriti lebih 10,000 undi

JEMPOL – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mustapha Nagoor @ Pak Mus, dijangka tidak berdepan masalah untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong apabila terus mendahului dengan majoriti besar dalam keputusan tidak rasmi setakat ini.

Berdasarkan paparan keputusan semasa, Mustapha memperoleh 11,868 undi, jauh meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Zahin Zinal Abidin @ Bong yang meraih 1,192 undi. Calon BERSATU, Rebin Birham pula memperoleh 466 undi.

Dengan 35 daripada 45 saluran selesai dikira, BN mendahului dengan majoriti 10,676 undi, sekali gus meletakkan kerusi itu hampir pasti kekal dalam genggaman parti berkenaan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Mustapha mempertahankan kerusi Palong dengan majoriti 504 undi selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) dalam pertandingan satu lawan satu.

PRN kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan BERSATU. Namun, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, BN bukan sahaja dijangka mempertahankan kerusi tersebut, malah berpotensi mencatat peningkatan majoriti yang jauh lebih besar berbanding kemenangan pada PRN 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat