Beli pesawat jadi “pengeras” kurang tarif, pembangkang harap rakyat tak dicukai, belanjawan tak dipotong

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berharap pengumuman pembelian pesawat Boeing dari Amerika Syarikat (AS) tidak memangsakan rakyat.

Wakil rakyat Bersatu itu menaruh harapan agar pembelian puluhan pesawat itu sepenuhnya melibatkan urusniaga syarikat swasta bukannya kerajaan.

“Menteri kata Malaysia akan bayar lebih kurang RM 80bilion untuk beli kapal terbang Boeing. Itu “pengeras” utamanya.

“Bulan lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umum Malaysia beli RM100 bilion kapal terbang dari Airbus masa lawat Perancis.

“Kalau syarikat swasta beli tak mengapa jangan dicukainya rakyat kebanyakan, dipotong belanjawan lain pula selepas ini,” kata Wan Ahmad Fayhsal.

Hari ini Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, Malaysia melakukan pembelian tambahan 30 buah pesawat Boeing berjumlah AS$9.5 bilion yang merupakan antara komitmen dalam memperkukuh hubungan perdagangan dua hala yang lebih seimbang.

Kataya, langkah itu susulan rundingan antara kedua-dua negara yang membawa kepada pengurangan tarif import AS ke atas produk Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus kuatkuasa 1 Ogos.

Tengku Zafrul memberitahu, pembelian pesawat berkenaan merupakan sebahagian daripada beberapa komitmen perdagangan Malaysia dalam rundingan tersebut.

Katanya, keputusan ini juga dibuat berdasarkan pertimbangan komersial dan keperluan jangka panjang industri penerbangan negara.

Sementara itu, memetik Bloomberg pada 5 Julai 2025 melaporkan, syarikat penerbangan terbesar Malaysia menandatangani perjanjian dengan Airbus SE bernilai US0 bilion (S5.5 bilion) ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatannya ke Eropah.

AirAsia Bhd mencapai persetujuan sementara untuk membeli sebanyak 70 jet Airbus satu lorong jarak jauh yang boleh mencecah US2.3 bilion.

Manakala, Malaysia Airlines Bhd memesan 20 lagi pesawat badan lebar A330neo, dalam perjanjian bernilai US$7.5 bilion, menurut pengiraan Bloomberg sebelum diskaun industri dikenakan.

Dengan diplomasi pesawat mengambil pusat perhatian, kerajaan Malaysia juga menyatakan bahawa ia merancang untuk membeli dua pesawat rondaan maritim untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, 28 helikopter Leonardo SpA AW149, dan kapal perang dari Itali untuk mengukuhkan keselamatannya, lapor Bernama pada 4 Julai, memetik Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat