Lembah Klang tak lagi alami catuan air jasa Abdul Khalid wajar dikenang – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diberi kredit sepenuhnya apabila Lembah Klang tidak lagi mengalami catuan air bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya memberitahu, pada Februari 2014, Allahyarham dengan beraninya telah menandatangi MOU penstrukturan semula air Selangor dengan kerajaan pusat dan meluluskan loji penapisan air Langat 2.

“Biarpun rakan-rakannya dalam Pakatan (Pakatan Rakyat) membantah kerana berdegil dan melawan atas sebab politik bahawa projek-projek Langat 2 dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PAMPS) tidak diperlukan.

“MOU air ini yang dijadikan alasan permulaan oleh Pakatan bagi langkah mereka singkirkan arwah sebagai Menteri Besar Selangor beberapa bulan kemudian,” beritahu Najib.

Namun kata beliau, MOU air dan projek-projek tersebut tetap diteruskan dan dinanti-nantikan oleh Kerajaan Selangor selepas Abdul Khalid dipecat sebagai Menteri Besar Selangor – bukti bahawa keputusan Allahyarham untuk mengetepikan politik sempit demi kelangsungan hidup penduduk Lembah Klang adalah sangat tepat.

“Jasa Allahyarham akan terus dikenang oleh saya dan seluruh penduduk Lembah Klang. Langkah berani arwah tidak saya lupa.

“Secara peribadi, saya amat sedih dengan pemergian Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya mohon semua untuk sedekahkan doa buat Allahyarham,” ucap Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat