Nak kerjasama dengan UMNO-BN, tunggu lepas PRU-15 – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekali lagi menegaskan hanya akan terbuka untuk bekerjasama menerusi formula baharu dengan mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO lebih realistik maka sesuai dengan sifat
politik sangat dinamik.

“Oleh itu, lebih baik menterjemahkan kedinamikan itu dilakukan pada pasca pilihan raya.

“Insyaallah selepas kemenangan UMNO dan BN barulah formula, strategi, dan pendekatan dalam kerjasama politik bersama parti-parti yang relevan dibentuk yang bersifat melangkaui perbezaan politik, kaum dan budaya dalam kalangan parti politik demi kepentingan rakyat dan negara.

“Kita mesti buta warna politik kaum dan agama sebagaimana amalan BN selama ini untuk memastikan kestabilan politik negara mesti dijalin semula untuk keamanan dan kepentingan semua rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Zahid berkata, “kita yakin perjuangan UMNO -BN lebih diyakini kerana rakyat kini sudah sedar dan tidak akan kali kedua diperdayakan dengan manifesto palsu Pakatan Harapan (PH) pada PRU 2018.

Menurut Zahid, semua orang tahu sekarang banyak parti cuba mendekati UMNO dan BN walaupun sebelum ini ada kalangan mereka cuba mengikis dan melemahkan UMNO secara licik.

“Ketika ghairah mahu bekerjasama dengan UMNO, hanya difokuskan pula terhadap kerusi tradisi UMNO agar dikorbankan diberikan kepada mereka. Ada kata mereka tak susah lebih kurang halalkan.

“Ada pula mendakwa parti mereka semakin popular di mata rakyat maka perlu lebih diberikan lebih kerusi. Walaupun hakikatnya parti mereka bertanding lebih 50 kerusi namun hakikatnya hanya mampu menang beberapa kerusi sahaja. Tapi kemudian mahu mendominasi kerajaan!

“Umpama belalang mengaku helang, ular lidi mengaku naga maka fenomena inilah yang cuba dielakkan oleh UMNO dan BN,” tempelak beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat