Bersatu kini melopong ‘terlepas’ Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu hari ini dikritik secara terbuka oleh ahlinya sendiri apabila dikatakan terlalu ‘lembap’ mengikat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz yang kini telah terlepas ke tangan UMNO- Barisan Nasional (BN).

Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard malah berkata, Bersatu sudah banyak kali kehilangan beberapa tokoh dan aktivis.

“Hari ini “gege” (pinjam dialek Kelantan) berkenaan Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor. Bagi saya jangan salahkan Tengku Zafrul sahaja. Dia orang korporat yang masuk politik.

“Namun Bersatu sendiri “slow” saya dah bercakap lama dengan ramai orang atas. Ikat dia dalam parti… bila dia dari Lembah Pantai… ke Kuala Pilah… dan kemudian terbaru ke utara Selangor mencari kawasan pilihan raya sendirian.. dah nampak dia nak serius dalam politik tetapi Bersatu tak buat apa…. maka jadilah dia terima lantikan itu sebab Bersatu sendiri tak ikat dia.

Kata Chegu Bard lagi, Bersatu banyak terlepas peluang kerana gagal selesaikan isu penghijrahan.

“Sebelum ini Bersatu hilang beberapa tokoh dan ramai aktivis kerana atasan tidak selesaikan isu Muhajirin, Ansar … orang baru , orang lama… sampai tertubuh parti baru.

“Contohnya di Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik orang lama yang nampak bersungguh menguja nak bantu tapi macam tak ada laluan.. ia berlaku banyak tempat… (sekadar memetik satu contoh),” katanya.

Beliau malah menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertinggi parti itu segera bertindak.

“Harap Tan Sri (Muhyiddin) dan kawan kawan duduk atas segera bertindak. Bersatu perlu bersifat inklusif.

“Presiden orang baik tapi harap lepaskan diri dari gelungan lingkaran itu. Maaf kalau cakap benar dan teguran terbuka,” ujar beliau.

Apa pun katanya, lantikan Tengku Zafrul merupakan tamparan buat Datuk Seri Najib Razak kerana selama ini dalam Kabinet, Tengku Zafrul antara paling lantang dan kerap dedahkan kesan skandal 1MDB Najib terhadap negara.

“Cuma persoalannya nanti adakah rakyat akan rindu kerana hilangnya serangan Najib pada Tengku Zafrul dan pendedahan Tengku Zafrul menjawab penipuan Najib ? katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat