STPM 2020: 741 calon raih PNGK 4.00, hampir 75 peratus golongan B40

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejumlah 741 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Wahid Razzaly berkata 554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40.

“Dari 741 calon yang mendapat PNGK 4.00, 23 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil dan 718 calon telah mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.

“Dari segi analisis calon yang mendapat 5A dan 4A, didapati bilangan calon yang mendapat 5A telah berkurang daripada 42 calon pada peperiksaan STPM 2019 kepada 23 calon dalam peperiksaan STPM 2020.
“Begitu juga dengan bilangan calon yang mendapat 4A dengan PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM 2020 juga telah berkurang daripada 760 pada tahun 2019 kepada kepada 718 calon,” katanya pada sidang media

Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2020 yang diadakan secara maya hari ini.
Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata, secara keseluruhannya, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00, iaitu yang mendapat A dalam kelima-lima dan empat mata pelajaran yang diambil telah berkurang daripada 802 calon pada tahun 2019 kepada 741 calon pada tahun 2020, iaitu berkurang sebanyak 61 calon atau 7.61 peratus.

Pada masa sama, beliau memaklumkan pencapaian PNGK calon bandar masih mengatasi PNGK calon luar bandar dengan masing-masing PNGK 2.80 dan 2.78.

“Dari segi perbezaan jurang antara bandar dengan luar bandar pula, didapati perbezaan jurang pencapaian antara calon bandar dengan calon luar bandar sama seperti pada peperiksaan
STPM 2019, iaitu beza jurang sebanyak 0.02 mata,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media maya itu adalah Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohd Fauzi Mohd Kassim.

Mengulas berkenaan PNGK Nasional STPM 2020, Wahid berkata ia telah meningkat dari 2.77 pada tahun 2019 kepada 2.78 iaitu peningkatan 0.01 mata pada tahun 2020.

“Bagaimanapun, dari segi pencapaian calon secara keseluruhannya, pencapaian calon STPM 2020 dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2019 kerana perbezaan peningkatannya yang sangat kecil, iaitu hanya sebanyak +0.01 mata dan perbezaan peningkatan ini tidak menggambarkan siginifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2020 secara keseluruhannya berbanding dengan calon STPM 2019.

“Sebanyak 741 calon atau 1.72 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00 dan daripada 741 calon ini, 554 atau 74.76 peratus daripadanya adalah dalam golongan B40.

“Bagaimanapun, bilangan calon yang mendapatkan PNGK 4.00 ini telah berkurangan sebanyak 61 calon daripada 802 calon yang mendapat PNGK 4.00 pada tahun 2019.

Menurutnya, dari segi pencapaian PNGK calon secara keseluruhannya didapati peratusan longgokan calon pada PNGK 3.09 ke atas telah meningkat daripada 33.45 peratus atau 14,994 calon pada tahun 2019 kepada 33.69 peratus atau 14,482 calon pada tahun 2020.

Manakala peratusan longgokan calon pada PNGK 3.00 hingga 2.00 didapati telah menurun daripada 51.81 peratus (23,221 calon) kepada 50.97 peratus (21,910 calon) berbanding pada tahun lepas.-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat