Doktor Kontrak Ancam Mogok: Adham Harap Bersabar, Bertenang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan doktor memulakan mogok dengan #codeblackMY sebagai tanda protes isu penempatan pegawai perubatan kontrak.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan kumpulan doktor berstatus kontrak yang berhasrat melancarkan mogok serentak di seluruh negara pada 26 Julai ini agar bersabar.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau sememangnya akan membawa isu tersebut kepada jemaah menteri dengan beberapa kertas mengenai nasib mereka sedang disediakan.

“Justeru, saya dengan ini memohon pegawai perubatan kontrak tersebut supaya bersabar dan bertenang kerana jemaah menteri akan memutuskan isu ini dalam masa terdekat,” katanya semalam.

Memetik Utusan Malaysia pada 28 Jun lalu melaporkan sekumpulan doktor lantikan secara kontrak gred UD41 mewakili 23,077 pegawai perubatan berkenaan memberi kata dua kepada kerajaan.

Mereka mengancam mogok akhir Julai ini jika isu mengenai penempatan tetap masih lagi tidak diselesaikan sehingga menafikan hak faedah tertentu dan peluang melanjutkan pengajian.

Mengulas lebih lanjut, Adham berkata, sehingga 31 Mei lalu, terdapat 35,216 pegawai lantikan kontrak yang meliputi skim utama latihan siswazah dan perkhidmatan wajib selama dua tahun.

“Selain doktor kontrak gred UD41 itu, ada 5,000 pegawai pergigian gred UG41 dan 7,139 pegawai farmasi gred UF41 kontrak dengan anggaran implikasi kewangan RM3.7 bilion,” katanya.

Bagaimanapun, ujar beliau, bilangan slot latihan siswazah dengan melibatkan sejumlah 48 buah hospital di seluruh negara pula hanya terhad menawarkan 12,153 tempat yang boleh diisi.

Beliau turut memberi jaminan, nasib mereka dijangka lebih baik kerana kementerian berusaha menaikkan gred doktor tersebut daripada UD41 kepada UD43 yang setara dengan staf tetap.

Malaysia pada tahun lalu memiliki sejumlah 71,041 doktor yang berkhidmat di sektor awam dan swasta selain seramai 11,059 doktor pergigian serta 19,341 pegawai farmasi berdaftar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat