Kerajaan gagal sebab pembangkang lemah, Anwar jawab Bront Palarae

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sohor kini tanda pagar kerajaan gagal (#KerajaanGagal), tanda pagar pembangkang lemah (#PembangkangLemah) turut berlegar di dunia maya.

Terbaru, menerusi ciapan dibuat pelakon versatil, Bront Palarae di Twitter miliknya telah menarik perhatian Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelakon yang juga pemilik nama penuh Nasrul Suhaimin Saifuddin menerusi ciapan itu berkata, #KerajaanGagal adalah disebabkan #PembangkangLemah.

“Bila #KerajaanGagal sebab #PembangkangLemah, pilihan yang ada cuma #KitaJagaKita.

“We are merely stats and numbers to them. If u tolerate this, your children will be next,”tulisnya dalam ciapan tersebut pada Rabu.

Pada Khamis, Anwar dalam reaksi balasnya terhadap ciapan pelakon tersebut menyatakan beliau mengambil maklum perkara yang disuarakan itu dengan jaminan akan memastikan ahli-ahli parlimen pembangkang akan lebih bekerja keras demi rakyat.

“Kami masih bekerja dalam kerangka undang-undang dan Perlembagaan, dan syukur titah Tuanku Agong baru-baru ini telah arahkan Parlimen dan semua jawatankuasa Parlimen bermesyuarat. Selama ini Parlimen ditutup terus.

“Dalam masa yang sama ahli-ahli Parlimen pembangkang bekerja keras saban hari membantu rakyat termasuk mengadakan kutipan derma kerana peruntukan kami tidak sebesar ahli Parlimen blok kerajaan.

“Tapi ini bukan alasan untuk kami tidak berkhidmat, dan kami sangat hargai teguran saudara @Bront_Palarae dalam menghadapi norma baharu hari ini,”katanya.

Bront Palarae antara selebriti tempatan yang dilihat aktif memantau perkembangan situasi politik dengan dengan memberi pandangan dan kritikan melalui ciapan Twitternya dari masa ke semasa.

Beliau sangat menghargai respons Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Terima kasih atas pencerahan dan teruskan yang baik. Kami rakyat ni, bila tertekan dan terkesan, kat siapa lagi yang kami nak luahkan keresahan dan kekecewaan kami kalau bukan kat pemimpin?

“Mohon maaf kalau tersinggung, tapi gunalah ruang ini sebagau peluang untuk yakinkan kami,” balas Bront kepada Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat