LG Malaysia perkenal siri baharu panel TV OLED

- Advertisement -

Pengeluar peranti elektronik terkemuka, LG Malaysia bakal membawa masuk beberapa generasi televisyen mereka di pasaran tempatan termasuk memperluaskan siri OLED C1.

Ia termasuk daripada siri LG OLED Z1 dan siri OLED G1 2021 yang dilengkapi dengan panel OLED serta OLED Evo sekali gus menawarkan pengalaman tontonan lebih baik kepada pengguna.

Siri LG OLED C1 berkenaan adalah siri televisyen yang paling popular di pasaran tempatan.

Saiz televisyen berukuran 48 inci adalah pilihan kebanyakan ‘kaki games’ di pasaran negara ini kerana penawaran teknologi serta keupayaan skrin yang lebih baik.

Pengarah LG Electronics Malaysia, Kim Kyutae berkata, syarikatnya sangat komited untuk meneruskan penawaran pelbagai variasi hiburan untuk keluarga di rumah dan ia dilengkapi dengan teknologi terkini.

“Kita sememangnya mempraktikkan dua aspek penting iaitu kosmetik visual produk serta kefungsian kepada pengguna supaya mereka dapat menikmati suasana hiburan di rumah yang sebenar.

“Menerusi siri baharu ini iaitu daripada LG OLED Z1 dan OLED G1, ia dilengkapi dengan panel skrin paling maju yang berada di pasaran.

“Televisyen OLED terbaharu kami ini menawarkan teknologi paling maju dan meningkatkan pengalaman penggunaan berbanding generasi sebelumnya,” katanya.

Pada masa sama, televisyen LG OLED adalah yang pertama mendapat pengiktirafan daripafa syarikat pengeluar kad grafik terkemuka iaitu Nvidia GSYNC khusus untuk pengalaman permainan.

Sokongan kadar segar semula tinggi adaptif, sokongan ALLM dan eARC untuk mengoptimasikan lagi prestasi permainan video pada konsol.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat