Suara emas di sebalik drama Budak Tebing 2

- Advertisement -

PENONTON rangkaian televisyen Media Prima pasti sinonim dengan suara latar yang lunak bagi promosi drama di TV3.

Namun, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Khairul Anuar Azmi atau lebih dikenali Nuar mula aktif mempamerkan bakat suaranya di platform media sosial.

Menceburi bidang suara latar sejak 10 tahun lalu, Nuar memulakan kerjaya sebagai penerbit di Primeworks Studio dan pada masa sama mengambil peluang menjadi penyumbang suara latar di Hot FM dan Kool FM.

Selain promosi drama, suara emasnya turut digunakan bagi program anugerah berprestij dan beberapa rancangan televisyen Media Prima.

Antara yang menjadi perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini ialah promosi drama Budak Tebing 2.

Singkap lebih banyak isu sosial

Image

Drama bersiri berkisar masalah sosial dalam kalangan remaja, Budak Tebing 2 mendapat perhatian ramai sejak mula disiarkan pada 18 Jun lalu.

Drama 13 episod ini menyaksikan gandingan semula pelakon utama Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Bella Dowanna (Laura), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam).

Tidak ketinggalan barisan aktor hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi (Afendi), Pablo Amirul (Pablo), Syafie Naswip (Paan), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria) dan Imran Aqil @ Ijeebster (Pijoy) yang turut memegang watak penting dalam drama ini.

Budak Tebing 2 ialah kesinambungan drama Budak Tebing berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis).

Tongki perlu menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering dikhianati. Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Membawa mesej budak bermasalah juga mampu kembali ke jalan benar jika diberi bimbingan, Budak Tebing 2 bakal membuka mata penonton berhubung isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan.

Jangan ketinggalan menyaksikan Budak Tebing 2 setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat