Pelanggan Sambut Baik Jualan Jumbo ‘Harga Ranap’ Jakel

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Jakel Trading Sdn Bhd mengadakan Jualan Jumbo Jakel dengan harga ‘ranap’ di semua cawangannya bermula 26 Jun hingga 12 Julai depan.

Pengarah Pemasaran Kumpulan Jakel, Azlan Hj Abu Bakar berkata, tawaran itu adalah yang terendah pernah ditawarkan gedung tekstil itu dengan harga kain bermula dari RM0.50 semeter.

Katanya, ini adalah masa terbaik untuk pelanggan mendapatkan kain yang diidamkan pada harga rendah khususnya dalam keadaan ekonomi selepas Covid19.

“Alhamdulillah, sejak semalam bermulanya Jumbo Sales Prihatin Rakyat sehingga 12 Julai ini bermula sambutan yang diterima sangat mengalakkan dari pelanggan.

“Jadi kepada para pelanggan yang masih belum datang, ambillah peluang ini kerana ia tidak datang selalu kerana harga yang ditawarkan sangat luar biasa murah,” katanya.

Menurut Azlan Jualan Jumbo ini bertepatan dengan keadaan semasa memandangkan pelanggan sebelum ini terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan ketika sambutan Aidilfitri yang lalu.

“Melalui kempen ini, kami menawarkan beberapa promosi seperti Baju Melayu Valentro Beli Satu Percuma Satu RM149, Baju Melayu Aaron Aziz dan Awal Ashaari RM99 Percuma Sampin Dan Butang, Kain Lace Embroidery RM15.90 semeter, Kurta Hairul Azreen 3 helai RM100 dan banyak lagi potongan sehingga 50 peratus,” katanya baru-baru ini.

Sementara itu para pelanggan yang di temui turut melahirkan rasa syukur dan gembira atas potongan harga ranap yang ditawarkan oleh pihak Jakel.

Menurut Puan Zaleha Abdul Hamid, 42 beliau telah menunggu seawal jam 9.00 pagi untuk membeli belah.

“Keputusan kerajaan untuk melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini di sambut baik kerana ia memberi peluang kepada saya untuk membeli belah buat keluarga bagi menyambut sambutan Aidiladha tidak lama lagi.

“Sambutan raya sebelum ini agak hambar kerana tidak dapat diraikan bersama ibu ayah di kampung, jadi kesempatan kali ini akan kami gunakan untuk meraikan bersama mereka.

“Dengan tawaran potongan harga junam ini, saya bukan sahaja dapat membeli kelengkapan untuk anak-anak malah kelengkapan ibu dan ayah di kampung juga mampu saya sediakan,” katanya.

Sementara itu menurut Zaleha Abdul Majid, 28 anak-anaknya merungut kerana sambutan raya yang lalu agak terbatas dan tidak seperti kelazimannya.

“Harga yang ditawarkan Jakel pada kali ini benar-benar ‘ranap’ kerana terlalu murah dan mampu milik selari dengan keadaan ekonomi yang melanda negara.

“Dengan harga yang potongan ini maka dapatlah saya mengembirakan anak-anak dengan pakaian baharu bagi meraikan Aidiladha tidak lama lagi,” ujarnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat