Senarai Nama Calon PRU Hanya Mainan Politik Kata PAS

- Advertisement -

Kuala Lumpur – PAS menyifatkan senarai nama cadangan calon ahli Parlimen dalam Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding jika pilihan raya umum mengejut diadakan adalah perang saraf pihak tertentu.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, senarai itu yang tular sejak minggu lepas hanya bertujuan untuk menimbulkan suasana negatif dalam kalangan parti komponen PN.

“Mungkin ada pihak yang memainkan isu ini dan sekiranya orang yang namanya tidak tersenarai akan merasa tidak selesa dan akan timbul pelbagai isu.

“Perkara ini sebenarnya permainan sahaja dan sengaja ditimbulkan pihak tertentu sekadar mahu dijadikan isu.

Saya sendiri hairan bagaimana senarai itu diperoleh sedangkan kita tidak pernah membincangkannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.

Minggu lepas, tersebar senarai cadangan ahli parlimen daripada PN yang akan bertanding di setiap kerusi.

Antara nama yang dicadangkan dalam senarai itu ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan sekiranya menang akan dicadangkan untuk jawatan sebagai menteri.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas bagi membolehkan beliau dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat