Pentadbiran Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencatatkan skor terbaik dalam kalangan negara-negara bagi Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2022.
Kedudukan Malaysia di 113 daripada 180 dengan skor 51.55 dan merupakan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN. Malaysia mendahului Thailand (115), Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).
Kedudukan 113 ini juga merupakan peningkatan enam anak tangga berbanding tahun 2021 sekaligus menampakkan keterbukaan Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menangani kebebasan memberi pendapat dan melaporkan isu.
Ini tidaklah menghairankan kerana Ismail Sabri sentiasa menegaskan bahawa profesion kewartawanan perlu kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan serta campur tangan pihak lain, demi bagi menjamin kebebasan bersuara di negara ini.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 29 Mei 2022, dan mengulangi kenyataan yang sama beberapa kali kemudiannya.
Komitmen Kerajaan pada ketika itu tidak menghalang media daripada menyiarkan sebarang laporan berita kerana ia boleh dijadikan sumber rujukan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Sepanjang hampir 15 bulan menerajui negara, tidak ada kedengaran pengamal media mengeluh mereka disekat atau dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk memberikan penjelasan tentang laporan yang disiarkan.
Kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah memanggil pengendali platform media sosial untuk memberi arahan dan amaran supaya ‘posting-posting menyebelahi mereka’. Tidak ada juga perkara-perkara pelik yang dibuat oleh anggota Kabinet selepas hanya membaca status Facebook agensi media tertentu.
Ismail Sabri percaya wartawan mempunyai ‘self-cencorship’ sendiri untuk menjaga keamanan negara dengan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif walaupun dalam laporan berbentuk politik.
Namun beliau juga berpendapat kebebasan media di Malaysia tidak boleh disamakan dengan negara barat kerana kita hidup dalam acuan yang tersendiri dengan kepelbagaian kaum dan agama.
Kejayaan Ismail Sabri ini menimbulkan pertanyaan sama ada ia akan turut diteruskan oleh pentadbiran Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun menguar-uarkan slogan Malaysia Madani yang sepatutnya lebih terbuka kepada kebebasan akhbar dan memberi pendapat, namun tingkah laku dan tindakan beberapa Menteri dan pegawai pejabat Perdana Menteri sama ada secara terbuka atau di belakang tabir.
Pada Mac lalu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengundang kecaman kesatuan wartawan selepas beliau mengkritik laporan media yang memetik penganalisis sebagai menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik dalam beberapa bulan ini.
Fahmi yang juga ahli parlimen Lembah Pantai membidas siaran Facebook Berita Harian Online yang tertera kenyataan “OPR dijangka naik sekali lagi seawal Julai”.
Dalam kenyataan di Facebook, Fahmi berkata siaran Facebook Berita Harian Online itu menjadi fitnah terhadap Bank Negara dan kerajaan.
“Saya akan jumpa pengurusan BH hari ini, insya-Allah,” kata menteri itu.
Tindakan ini mengundang kritikan terbuka daripada pertubuan yang mewakili wartawan seperti Kesatuan Wartan Kebangsaan dan Gerakan Wartawan Merdeka (Geramm Malaysia). Mereka menuntut kebebasan media yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.
Dalam kes lain terdapat pula media ‘disidai’ berjam-jam untuk menunggu Menteri yang lambat hadir sidang media.
Masa akan menentukan sama ada kerajaan hari ini mampu meneruskan pembaharuan dan keterbukaan media seprti mana pentadbiran lalu atau sekadar menanam tebu dibibir.
Ismail Sabri bukan pemidato hebat mahu pun terlalu rapat dengan kumpulan penulis, sasterawan dan wartawan seperti Anwar. Namun beliau membuktikan seorang pemimpin yang baik berupaya menyelami hati nurani pelbagai lapisan rakyat dan melaksanakannya hasrat mereka dengan serius.
Bola sekarang di kaki Anwar mahu sekadar berpidato dan merakam video berlari-lari anak mengejar masa, atau menyinsing lengan baju mengota apa yang dikata.