Lembaga Pengampunan akui kertas pengampunan Najib Razak tidak dibentangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bahawa tiada pembentangan kes permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di bawa ke dalam sidang ke-59 pada pada Jumaat (28 April 2023) lalu.

Menurut Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, kertas rayuan pengampunan Mohd Najib tidak dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ini.

Beliau yang juga Setiausa Lembaga Pengampunan memaklumkan kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai.

Khairul Dzaimee turut memaklumkan Lembaga Pengampunan yang bersidang jumaat lepas telah mempertimbangkan 10 kes rayuan pengampunan di bawah Peraturan 54 dan Peraturan 113 Akta Penjara 2000. Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan keputusan-keputusan yang telah dibuat.

Kenyataan media hari ini juga menyatakan mengikut Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri pula berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat