Pelaburan Pakistan di Malaysia Cecah AS$397 Juta, Petanda Hubungan Kukuh – Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini berkongsi bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif. Dalam perbualan tersebut, kedua-dua pemimpin sempat bertukar ucapan Aidilfitri serta mendoakan kebaikan untuk rakyat masing-masing sebelum berbincang mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan.

Anwar Ibrahim menzahirkan kegembiraan atas hubungan erat antara kedua-dua negara yang semakin kukuh sejak pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Shehbaz di Pakistan pada Oktober tahun lalu. Hubungan yang semakin akrab ini telah membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.

“Alhamdulillah, jumlah pelaburan Pakistan di Malaysia telah berkembang baik dan kini mencecah sekitar AS$397 juta. Saya mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu terutama dalam bidang pertanian, petrokimia dan biojisim,” ujar Anwar.

Selain itu, kedua-dua pemimpin turut menilai semula memorandum persefahaman yang dipersetujui sebelum ini, khususnya dalam sektor pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta bidang sains. Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau dan Shehbaz Sharif sepakat untuk mempercepatkan urusan tertunggak bagi merealisasikan kerjasama tersebut.

Dalam perbincangan tersebut, kedua-duanya juga membincangkan perkembangan di Gaza susulan tindakan Israel yang melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai dengan melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin.

“Kami sempat bertukar pandangan dan menyelaras idea tentang menghentikan keganasan dan pemulihan semula Gaza,” tambahnya.

Anwar turut menantikan kunjungan Perdana Menteri Pakistan itu ke Malaysia pada 9 Mei depan, yang merupakan lawatan rasmi pertamanya ke negara ini.

“Mendoakan semoga keberkatan Ramadan dan Aidilfitri membawa rahmat buat hubungan persahabatan Malaysia-Pakistan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya lagi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat