‘Jom isi minyak motosikal percuma ’ – MBSA

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SHAH ALAM – Seramai 300 penunggang motosikal akan menerima sumbangan petrol percuma daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’ jam 10.30 pagi pada 2 April ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program ini merupakan inisiatif MBSA prihatin bertujuan untuk memyantuni orang ramai khususnya penunggung motosikal.

“Setiap penunggang motosikal boleh mengisi minyak untuk RM 10 sahaja di stesen minyak Petronas Seksyen 7, Shah Alam bersebelahan Universiti Selangor (Unisel).

Hanya 300 penunggang terawal boleh mengisi minyak secara percuma, ”katanya kepada SUARA.TV hari ini.

Ujarnya, dengan usaha kecil ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban orang ramai dalam bulan Ramadan ini, apatah lagi mereka akan berbelanja lebih untuk memyambut perayaan Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat