Pengendali bas ekspres jangan naikkan tambang sewenang-wenangnya – APAD

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengingatkan pengendali bas ekspres agar mengenakan kadar tambang munasabah dan tidak menaikkannya sepertimana jadual tambang yang telah ditetapkan berdasarkan kelas ekonomi atau eksekutif.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, APAD tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengendali yang mengenai caj tambang tambahan yang tidak munasabah dan membebankan pengguna.

Beliau berkata, pihaknya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa bekerjasama dalam memastikan tiada pengusaha bas ekspres yang mengenakan kadar tambang sewenang-wenangnya.

Katanya, bagi membantu industri bas ekspres dalam memastikan jumlahnya mencukupi sepanjang tempoh perayaan, APAD telah membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi perkhidmatan bas ekspres kelas ekonomi.

Setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak 174 permohonan LPS sejak 11 Mac lalu dan jumlahnya dijangka akan meningkat sebelum tarikh tutup pada 2 April ini.

“Lebih ramai pengendali bas ekspres akan membuat permohonan LPS bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan efisien kepada pengguna, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya pengguna perkhidmatan bas ekspres agar merancang perjalanan dan tidak membeli tiket di saat akhir bagi mengelakkan kesulitan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Hasil tinjauan oleh pihaknya di terminal utama di seluruh Semenanjung, jualan tiket secara atas talian melalui Sistem Tiket Berpusat (CTS) masih lagi dibuka.

Beliau menasihatkan pengguna perkhidmatan bas ekspres mengambil langkah bagi memastikan kelancaran perjalanan, antaranya membuat perancangan perjalanan dan tidak membuat pembelian tiket pada saat akhir.

Katanya, pengguna hendaklah mengenal pasti jenis perkhidmatan bas ekspres, sama ada kelas ekonomi atau eksekutif kerana kedua-duanya mempunyai perbezaan dan kadar tambangnya.

Tambahnya, pengguna perlu membuat pembelian tiket melalui saluran yang sah dengan merujuk maklumat terkini mengenai jualan tiket melalui portal di terminal.

“Buatlah semakan tarikh, masa dan lokasi perjalanan serta hadir awal ke terminal ketika hari perjalanan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan, memberi kerjasama kepada pemandu dan pengguna lain, ”tambahnya lagi.

“Selain perkhidmatan bas ekspres, pengguna juga digalakkan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perjalanan pulang ke kampung.

APAD sentiasa komited memastikan perkhidmatan pengangkutan awam terjamin dan mencukupi dan kerjasama semua pihak amatlah diharapkan untuk menjadikannya sebagai mod pilihan rakyat,”ujarnya. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat