FAM lapor polis isu penyebaran surat layang

- Advertisement -

SUBANG JAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan mengenai isu kepimpinan dan pengurusan badan induk itu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, surat layang yang diemelkan daripada pengirim yang tidak dikenali adalah tidak benar dan sengaja menyerang individu.

Katanya, dakwaan tidak berasas itu sudah dibawa dalam mesyuarat Kongres Tahunan FAM Kali Ke-60 2024 di sini, hari ini dan semua ahli gabungan bersetuju agar satu laporan polis dibuat.

“FAM sedang menimbang untuk membuat laporan polis berhubung surat layang itu kerana ia telah menimbulkan persepsi negatif terutama dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak tanah air dan antarabangsa.

“Selain itu, cuba mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengesan dari mana sumber asal e-mel surat layang itu.

“Jika ia melibatkan staf FAM, siasatan dalaman turut akan dibuat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, beberapa organisasi media arus perdana menerima emel daripada pengirim tidak dikenali yang membangkitkan isu berkaitan kepimpinan dan pengurusan FAM.

Dalam emel itu, pengirim mendakwa wujud elemen rasuah dan tatakelola yang tidak betul hingga memaksa ramai kakitangan FAM meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan.

Malah, rasa ketidak puasan hati itu dilaporkan turut dipendam pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang didakwa bersedia meninggalkan kem pasukan kebangsaan jika khidmat mereka tidak diperlukan lagi pada masa akan datang.

Difahamkan, barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya itu sudah menghantar surat kepada FAM yang ditunjukkan kepada wartawan.

Bagaimanapun, segala dakwaan itu ditepis Pan-gon yang menyatakan akan terus kekal sebagai pengendali skuad kebangsaan dan cuba membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain menempah slot automatik ke Piala Asia 2027 nanti.

Pan-gon menerusi kenyataan medianya memaklumkan beliau tidak menghantar surat yang mengatakan sedia untuk meninggalkan pasukan negara sekiranya khidmatnya sudah tidak diperlukan. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat