“Buka Felda untuk Orang Asli, nasib kami dinafikan terlalu lama” – Ramli

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Noor menggesa kerajaan membangunkan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pertama untuk memajukan ekonomi Orang Asli.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu mengakui pembukaan Felda sejak 1956 telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Melayu dan adalah tidak mustahil sekiranya komuniti 215, 215 Orang Asli juga dapat mengecap kemajuan yang sama.

“Sebagai perintis, saya harap Felda pertama Orang Asli dibuka di Negeri Pahang.

“Felda telah berjaya mangkin ekonomi. Buka dulu di Pahang lepas itu di Johor dan kemudian Perak.

“Saya dah bincang dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail tapi ia memerlukan kerjasama banyak pihak. Lepas ini saya akan bincang dengan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula,” kata Ramli dalam pembentangan sesi libat urus Pemerkasaan Orang Asli di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) pada Jumaat.

Beliau juga turut mengemukakan saran agar kerajaan dapat mewujudkan sebuah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk Orang Asli untuk mengubah sosio-ekonomi komuniti asal itu.

“Buatlah GLC untuk Orang Asli, malah tidak keterlaluan kalau saya mahukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk Orang Asli.

“Kamu (kerajaan) deny (nafi) kami terlalu lama. Orang saya (Orang Asli) masih kekurangan serba-serbi,” ujar beliau.

Justeru, Ramli menuntut Kerajaan Perpaduan meminda Seksyen 6 dan 7 Akta 134 dalam Undang-undang Malaysia yang melibatkan kawasan Orang Asli dan Rizab Orang Asli.

“Orang Asli nak tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Pindalah Perlembagaan itu kerana banyak perkara dapat dilaksana. Untuk pinda Perlembagaan kerajaan kena ada dua pertiga, sedangkan kerajaan sekarang miliki lebih daripada itu, iaitu 148+6 sokongan.Orang Asli nak tanggungjawab bersama.

“Kami minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Kabinet yang ada lebih dua pertiga itu untuk pinda Perlembagaan ke jadual ketiga supaya banyak isu kami dapat diselesaikan,” rayu beliau dengan berharap ia dapat direalisasikan.

Tegas Ramli untuk melakukan sebarang pelaksanaan memerlukan punca kuasa.

“Kita lihat kemelut yang dihadapi isu tanah, pendidikan dan ekonomi berpunca daripada punca kuasa. Tanggungjawab Orang Asli ada dalam jadual ke-9, jadi saya mohon kerajaan meminda perlembagaan ini dengan meminda tanggungjawab Orang Asli kepada tanggungjawab bersama
jadi komitmen negeri dan Pusat.

“Jadi banyak isu di Kelantan, isu tanah dan Perak banyak dapat dirundingkan. Nak buat sesuatu perkara itu kena ada kuasa untuk menghalalkan tindakan kita

“Kami dah lama ketinggalan hampir 69 tahun. Ada pihaknak bantu beria-ia tapi tak boleh, tersekat.

“Saya bukan saja jadi wakil rakyat Cameron Highlands sahaja tapi Orang Asli keseluruhannya. Semua perlukan political will (kemahuan politik) semua akan berubah apabila politik bergerak,” ujar Ramli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat