Paras air empangan Air Itam susut satu peratus setiap hari – PBAPP

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Paras air di Empangan Air Itam, di sini dilaporkan menurun satu peratus sehari ekoran cuaca kering selain penggunaannya bagi menyelesaikan lima kejadian gangguan bekalan air di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmanathan berkata, bagaimanapun situasi tersebut bukanlah satu perkara baharu dan akan terjadi apabila tiada hujan.

Menurutnya, pada 1 Januari lalu, paras air di empangan berkenaan mencatatkan kadar 69 peratus namun dikesan berlaku penurunan mendadak setiap hari.

“Ini bukan satu keadaan yang sangat panik, rekod pernah menunjukkan sampai 20 peratus pun ada. Penurunan ini adalah kadar yang biasa.

“Selepas ini, kami dan pihak kejuruteraan akan usahakan satu pelan supaya paras air tidak turun dan dan pada masa akan memastikan bekalan air dapat disalurkan seperti biasa kepada setiap pengguna di Air Itam.

“Mitigasi kejuruteraan akan diumumkan minggu depan, Kami sedang perhatikan kejatuhan peratusan itu dan pihak kejuruteraan perlukan penilaian sebelum tampil dengan cadangan,” katanya kepada pemberita semasa tinjauan di Empangan Air Itam di sini, petang tadi.

Setakat pukul 8 malam tadi, paras air di Empangan Air Itam menurun sehingga 35.4 peratus, berbanding Empangan Teluk Bahang yang mencatatkan paras 87.5 peratus manakala Empangan Mengkuang pula berada pada paras 89.9 peratus. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat