Melaka bakal bangunkan terminal kapal persiar, dijangka siap 2026 – Ab Rauf

- Advertisement -

AYER KEROH – Melaka bakal membangunkan terminal kapal persiar dengan nilai keseluruhan RM682 juta sekali gus akan menjadi sebuah jeti pesiar terbesar di Asia Tenggara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata projek usahasama di antara Melaka International Cruise Terminal (MICT) Sdn Bhd dan Global Ports Holding (GPH) itu, terminal dikenali sebagai Terminal Kapal Persiar Antarabangsa Melaka dijangka mampu menampung dua unit kapal mewah secara serentak.

Katanya, ini termasuk kapal persiaran Kelas Oasis di Dermaga Luar dan masing-masing satu unit Kelas Kuantum serta kapal persiaran Voyage of the Sea di Dermaga Dalaman dalam satu masa.

Beliau berkata, kejayaan satu daripada projek di kawasan pembangunan Melaka Gateway itu bakal menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

“Selain dapat meningkatkan ekonomi menerusi pelaburan besar projek itu, Melaka juga bakal menerima pertambahan pelancong dari serata dunia yang masuk menerusi persinggahan kapal mewah itu di terminal terbabit.

“Seramai 15.8 juta pelancong dengan 5.8 juta pelancong domestik dan 10 juta pelancong asing dijangka memilih terminal berkenaan untuk ke negeri ini menjelang 2036 dan dianggarkan akan berbelanja sekitar RM9 bilion ketika berada di Melaka,” katanya selepas menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara KAJ Development Sdn Bhd (KAJD) dengan GPH, di Seri Negeri, di sini hari ini.

KAJD diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Daing A Malek Daing A Rahaman manakala GPH pula diwakili Ketua Pegawai Operasi, Stephen Xuereb.

Yang turut hadir, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Abd Aziz Engan; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Saleh serta Ketua Pegawai Eksekutif KAJD, Datuk Michelle Ong.

Projek Terminal Kapal Persiar Antarabangsa Melaka dijangka bermula pertengahan tahun ini dan siap sepenuhnya menjelang 2026.

Ab Rauf berkata, beliau yakin kerjasama ini membolehkan GPH untuk mengurus, memasarkan, mempromosi dan mengendalikan Projek MICT ini dengan lebih cekap dan bersistematik.

GPH sebuah syarikat pengendali pelabuhan persiar terbesar di dunia.

Antara pelabuhan yang dikendalikan syarikat itu ialah di Caribbean, Mediterranean, rantau Asia Pasifik, termasuk pelabuhan komersial di Montenegro. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat