Jangan gusar bantu Najib, PM kita sekarang pun bekas banduan beberapa kali – Nik Abduh

MELAKA – Senator Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz menggesa orang ramai supaya tidak berasa gusar untuk membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Nik Abduh hukuman mendekam di dalam penjara sudah menutup kesalahan lalu.

Beliau malah menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Perdana Menteri juga adalah bekas banduan beberapa kali.

“Jangan gusar bantu Datuk Seri Najib Razak.

“Kita sekarang juga dipimpin oleh Perdana Menteri yang juga merupakan bekas banduan. Penjara sudah menutup kasalahan lalu.

“Manakala kembali percaya itu pilihan rakyat,” katanya dalam hantaran terbaru di media sosial.

Kenyataan itu merujuk kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah dipenjarakan beberapa kali sebelum mendapat pengampunan penuh pada 2018 dan kembali menerajui negara.

Nik Abduh yang juga anak kepada bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini selama dua hari berturut-turut menzahirkan pandangan bahawa membantu Najib adalah amalan berpahala.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat