Melayu kahwin lelaki warga asing, anak boleh didaftarkan sebagai Melayu timbulkan persoalan jati diri – Lian Ker

KUALA LUMPUR -Bekas Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mempersoalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menetapkan anak warganegara berketurunan Melayu yang berkahwin dengan warga asing beragama Islam boleh didaftarkan sebagai Melayu.

Menurut Lian Ker, hari ini Kerajaan Madani membuka pintu Melayu membatasi sempadan? Hanya dengan “pembiakan” melalui anak tempatan?

“Keterbukaan tidak semestinya menghapuskan identiti. Perkahwinan campuran tidak semestinya memusnahkan budaya.

“Tetapi jika identiti bangsa begitu mudah dibicarakan dari sudut pendaftaran semata-mata, kita berhutang kepada generasi akan datang satu perbincangan yang jauh lebih mendalam.

“Akhirnya, persoalannya bukan sekadar siapa boleh menjadi Melayu.

“Persoalan sebenarnya ialah apakah jati diri Melayu yang mahu kita wariskan kepada anak cucu kita? Ataupun adakan kita masih lagi dalam landasan membentuk satu bangsa, satu bahasa dan satu negara iaitu bangsa Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Jika anak kepada seorang wanita Melayu dan lelaki asing boleh didaftarkan sebagai Melayu, kita perlu bertanya satu soalan yang lebih besar, ujarnya.

“Bagaimanakah kita hendak mempertahankan jati diri Melayu dalam dunia yang semakin terbuka, tanpa mengelirukan keturunan, identiti bangsa dan kewarganegaraan?

“Perkahwinan antara bangsa bukan sesuatu yang mengenal sempadan negara. Namun persoalan tentang identiti Melayu tidak boleh dipandang ringan.
Apakah makna menjadi Melayu? Adakah ia semata-mata berdasarkan keturunan?

“Adakah bahasa, budaya, adat resam, sejarah dan penghayatan nilai masyarakat turut memainkan peranan?

“Bagaimanakah kita hendak memastikan jati diri Melayu terus dipelihara tanpa mendiskriminasi keluarga campuran?

“Jangan sampai kita terlalu ghairah membincangkan siapa yang boleh didaftarkan sebagai Melayu, tetapi gagal menjawab apakah yang sebenarnya membentuk jati diri Melayu.

“Lebih menarik, bagaimana pula pandangan saudara serumpun kita di Indonesia pada masa hadapan? Adakah suatu hari nanti akan timbul tanggapan bahawa Melayu di Malaysia semakin bercampur keturunan, sedangkan Melayu di Indonesia dianggap lebih mengekalkan keturunan asal.

“Ini bukan soal siapa lebih tulen atau siapa lebih tinggi darjatnya. Bangsa tidak sepatutnya dijadikan pertandingan ketulenan darah. Namun, persoalan tentang kesinambungan identiti, warisan budaya dan sejarah serumpun memang wajar dibincangkan secara matang,” katanya.

Lian Ker menegaskan, kita tidak boleh mempertahankan jati diri Melayu hanya dengan slogan. Kita perlu memahami apa yang hendak dipertahankan, mengapa ia penting dan bagaimana ia boleh diwariskan kepada generasi akan datang.

“Pada asalnya, kerajaan Perikatan menekankan pada Bangsa Malaysia atas kepelbagaian. Kemudianya, kerajaan Barisan Nasional menekankan kepada jati diri Melayu dan budaya kebangsaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat